
Beberapa aktiviti yang dikendalikan sendiri oleh MBM dijadualkan bermula pada 14 Mei dan berakhir pada 18 Mei 2008. Aktiviti tersebut ialah:
BIL | AKTIVITI | TARIKH | TEMPAT | PESERTA |
1 | PERTANDINGAN MELUKIS HBN2008 | 14 MEI 17 MEI |
| PRA SEK SEK RENDAH SEK MENENGAH TERBUKA BELIA |
2 | PERSEMBAHAN TARIAN DAN GENDANG RAKYAT | 14 MEI | PERKARANGAN STADIUM PUTRA | 8 BUAH KUMPULAN PELBAGAI KAUM |
3 | CABARAN FUTSAL | 16 – 17 MEI | PERKARANGAN STADIUM PUTRA | TERBUKA BELIA |
4 | PERTANDINGAN DIKIR BARAT | 17 MEI | PERKARANGAN STADIUM PUTRA | 15 BUAH KUMPULAN DIKIR BARAT |
5 | SUKANEKA | 18 MEI | PERKARANGAN STADIUM PUTRA | TERBUKA |
INFO RINGKAS HBN
Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei sebagai Hari Belia Negara dan Majlis Sambutan/Perhimpunan pada hari tersebut adalah merupakan Program Induk Kementerian. Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ini diadakan dengan menekankan kepada penglibatan masyarakat dan belia dalam aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan khususnya seperti khemah kerja, khidmat masyarakat dan gotong-royong bersama pemimpin-pemimpin utama negara. Di peringkat negeri pula akan diadakan biasanya pada minggu ke 3 atau ke empat dalam bulan Mei dengan berpandukan konsep yang sama.
Tujuan utama program ini diadakan adalah:-
- Untuk menyemarakkan belia-belia dengan program-program kegemaran mereka dan bagi melahirkan sensitiviti dan komitmen belia-belia dan masyarakat pada tarikh 15 Mei.
- Untuk memberikan publisiti dan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dan masyarakat belia dalam melaksanakan program-program pembangunan belia ke arah pembangunan negara.
- Untuk mewujudkan belia-belia yang berilmu dan bermaklumat dengan memperbaharui ikrar dan tekad ke arah pembangunan diri dan negara sebagai asas kepada pemimpin masa depan.
- Untuk memberi kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan mengambil berat tentang peranan mereka di dalam membangunkan negara ini.
Terima Kasih sbb sudi komen blog myra ni..
Myra syg korang...tnpa korang yg komen blog ni..
siapalah myra kan..teruskan tgglkn komen2 korang yer..myra amatlah hargai :)