B.E.LO.V.E.D

Lagenda Budak Setan 2010


Jarang novel Melayu yang menjadi lelehan gadis-gadis remaja bertukar menjadi sebuah filem seperti novel Harry Potter..heheh.. Azam dan tekad penulisnya, Ahadiat Akasyah untuk menyaksikan novelnya ke layar perak akhirnya berhasil apabila pihak Astro Shaw bersedia untuk menerbitkannya. Tahniah..Tapi pengarahnya Sharad Sharan, agak belum dikenali ramai. Pelakon-pelakonnya? The usual suspects laa..Lisa Surihani, Farid Kamil, Raja Farah, Que Haidar, Nubhan, Fazura dan ramai lagi..Buku novel ini sudah lama, berpuluh tahun lamanya…Keluar 3 Jun ini..Ini cerita fiksyen.. Diharap anda semua kembali ke realiti selepas menontonnya.. heheh..

SEDUTAN LAGENDA BUDAK SETAN

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina? Bolehkah filem ini menandingi filem Adnan Sempit yang berjaya mengutip jumlah lebih RM7.8 juta?






Persoalan Cinta:

  1. Apakah erti cinta, jika cinta itu dipermainkan?
  2. Apakah erti cinta jika cinta itu tidak berbalas?
  3. Apakah erti cinta jika si dia sudah tiada?
  4. Apakah erti cinta jika si dia cintanya hanya pada duit anda?
0 Responses

Terima Kasih sbb sudi komen blog myra ni..
Myra syg korang...tnpa korang yg komen blog ni..
siapalah myra kan..teruskan tgglkn komen2 korang yer..myra amatlah hargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...