B.E.LO.V.E.D

Cara-cara Menghilangkan Loya semasa hamil

Salam..
hari ni myra nk kongsi petua skit..
Petua utk menghilangkan rasa loya..
entry spesel ni dedicated to mom to be..
especially spesel utk kwn myra yg br preggy
my opismate(Lina), kesian kat dia mengalami muntah2..
selalu je MC sbb xlarat..huhuhu..kesian kn
tp bese ar kn awl2 mengandung ni mmg mcm2 yg kite alami
*hahaha..mcm myra ni dh penah mengandung plak
xpe2 sume ni sekadar perkongsian kpd sume ibu2 ..
Lina jgn lupa tau bc blog myra ni..hihih

Antara petua2 nyer ialah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh.

Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.


3. Minum air 100 plus. Tetapi pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Ia boleh diminum begitu sahaja, atau bekukan dalam freezer (dlm ice cube tray).

Bila rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan.

100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang.

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.


taraaa..ni ar petua2 nyer..nmpak mcm mudah je kn klu nk amalkan..so sila lah ibu2 yg mengalami loya2 2 leh amalkn petua ni k..

p/s: Mira google je trus jupe petua2 ni..myra pun copy je ar kn..byk jupe kat blog lain gak..ramai blogger yg wt entry ni..

0 Responses

Terima Kasih sbb sudi komen blog myra ni..
Myra syg korang...tnpa korang yg komen blog ni..
siapalah myra kan..teruskan tgglkn komen2 korang yer..myra amatlah hargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...