B.E.LO.V.E.D

Showing posts with label kenduri kawen. Show all posts
Showing posts with label kenduri kawen. Show all posts

Saat mendebarkan

Saat yg plg mendebarkan buat sang isteri tatkala sang suami melafazkan akad...
dgn sekali lafaz shj umi sah menjd seorg isteri kpd pasangan nyer ..alhamdulillah..
air mata kegembiraan mengalir slps mendgr lafaz akad dri sang suami...
Tahniah Umira..smga berkekalan hingga akhir hayat bersama suami tercinta.


cincin disarungkan ke tgn sang isteri utk acara pembatalan air sembahyang..
senyuman manis terukir dibibir..
setelah sekian lama menanti akhirnya termakbul impian yg diimpikan selama ini


Selamat diijabkabulkan pd 10 disember 2010
ciuman sang suami utk sang isteri
membuatkan hati sang isteri begitu gembira sekali..


Debaran juga terasa utk dri Myra
debaran utk kawan yg akan dinikahkan..
Myra setia disisi umi utk menemani drinyer...
Alhamdulillah sumenyer berjalan dgn lancar..
myra tmpang gembira tatkala seorg teman
sdh bergelar isteri dan bakal melayari bahtera rumah tangga..
smga Umi tabah menghadapi hari2 yg mendtg..


MYRA & UMIRA
Ingat Daku selalu..

Bergedik



Al-kisah bergedik ramai2 di majlis kawen my frens
ahaks...so hepi..
sbb dpt jupe kawan2 ms kat kolej n kawan2 satu opis
sgt meriah ok..
walaupun majlis kawen org lain..tp ttp terasa kemeriahan nyer
mcm majlis kawen sndri lak..hahaah..
suke2...ngan tema MERAH nyer..
n majlis wt kat dewan..
mmg meriah ar..ngn kehadiran kwn2 yg memeriahkan majlis ni
ye ar kan tnpa kwn2 mmg x brape nk meriah ar kn
kate majlis kawen mesti ar meriah kn..hihih
jum tgk gmbr2 bergedik kitaorg

Ni antara kawan2 kat kolej...
lama xjupe ok..kat majlis2 mcm ni ar br leh jupe kn...
miss u all...
walaupun dpt jupe kejap je tp ttp hargainyer k...
ble plak leh jupe kan...

Ni lak kwn2 myra ms kursus n satu satu opis dl2..
tp skrg msg2 dh wt hal msg2..huhu
kebetulan lak kwn pengantin n kwn myra
adalah sama kn..
hiihihih
alang2 kwn2 dtg nk jupe pengantin leh jupe myra skali
MISS U ALL


p/s: nnti myra ltk lgi byk gmbr yer..akan menyusul kemudian..gmbr2 sume ada ngn kwn2 myra..tumpang kamera org je..hihih..ni yg dpt ni pun amik kat fb kwn2..

Selamat Pengantin Baru

SelamaT Pengantin Baru
Nur Umira & Khairul Anwar

p/s : akak princessredbloodsnow
jgn jeles k..kwn myra ngn tema MERAH kedebommm..
hahaha...sgt cntik tau...merah menyala..
sumenyer nmpak merah je..hihihhii
myra pun pakai bj merah tau...

Spesel 4 u

CINTA aka UmiRa
this entry spesel 4 u

huk huk huk
sedih je rs ble nk wt entry ni
sbbnyer xlama lgi my cinta ni dh nk kawen dh..
sorang lagi kawn myra nk kawen
sedihnyer *ke jeles ahaks
lbh kurang lgi 1minggu ++ cinta akan
melangsungkan perkawenan nyer bersma teman nyer
myra kenal cinta sejak msk kolej lagi..
dh dkt 6thn kot knl cinta ni..

msk kolej sama
msk kursus sama2
n tmpat keje pun sama
tp skrg cinta dh keje tempat lain
dh x sama2 lagi..huk huk huk
tp ttp leh jupe lagi ar tp jupe kadang2 je
CINTA dh nk kawen...............



inilah dia cinta & pasangan nyer
cinta dh tunang selama 6 bln
n akan berkawen 11/12 nnti
myra doakan yg terbaek buat cinta n pasangan


ni plak kenangan myra n cinta ms
cinta tunang..
cntik sgt cinta ms cinta tunang
mesti ms kawen nnti cinta lgi cntik kn...
xsbr nk tgk cinta kawen ni..hihihih

p/s:cinta perlukan bantuan myra bgtau je erk..sedia membantu..hihih..ikhlas ni..selamat pengantin br cinta...hahha awl wish ..selamat menempuh alam baru yer..jgn lupa daku disini..huhuhu

Jgn Takut Kawen Awal

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

sumber:facebook

Muhasabah dri sebelum kawen

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


sumber : facebook

Raya 4




Yahooooo!!!!!yiba..yiba....
Suke sgt...raya ke4 br myra leh beraya ngn Mr.Naqi..huhuuh
2 ar kn raya ke4 br ar leh beraya bersama2...
jarak yg memisah kn antra kite..(mcm ar jauh sgt kn)
Raya ke4 myra n Mr.Naqi dh mmg plan awl nk kendri kawen
satu hari 2 3 kendri kawen myra pergi..
sumenyer kwn Myra & Mr.Naqi..
so sume ar kena g kan...

Ni umah pengantin yg pertama myra smpai..
dlm kul 12 lbh kot smpai umh k.sue...
plan nyer nk berkumpul ramai2 kat sni..
leh ar beraya skali kn ngn kwn2 yg dh lama x jupe..
tp disbb kn ada mslh yg xdpt diatasi ..
xdpt lah kitaorg kumpul ramai2..
tp ttp leh jupe kwn2 gok..yg xleh jupe 2 msh leh jupe kat kendri lain

Ni gmbr kenangan bersama pengantin...
Selamat pengantin br wt k.Sue & psangan..
semoga berbahagia ke anak cucu...

lps umh k.sue..myra n Mr.Naqi
ke kenduri seterusnyer plak..
umh k.ra..sori gmbr xde..sume dlm kamera kwn2 myra..
mls nk copy kn..
lps umh k.ra g plak kendri umah anna..
umah anna ni dkt je ngn umah myra..tp kg lain2 ar..
g umah anna last skali sbb dh otw blik umh kn...

last2 lps blik dri kendri umh anna , my frens UMIRA
ato sms ajok g umh dia..mkn laksa penang..
sblm 2 dia dh ajak dh ckp umh ye wt open house tp mslhnyer UMIRA xde kat umah
2 ar myra mls nk g umh yer 2...
dh dkt kul 6 myra n Mr.Naqi g ar jgk umh Umi..
leh mkn laksa kn..

Dlm satu hari 2 myra sempat terjah 4 buah umah ..
beraya sakan ar kn...
alang2 dpt kuar ngn Mr.Naqi kn..
bkn sng kn2...hihihih..
gunakan kesempatan yg ada..
Myra smpai umah dlm kul 7 ...
lps 2 Mr.Naqi bertolak pulang..
Kesian kat Mr.Naqi sbb nk dtg ke umah myra
memakan ms selama 2 jam
pergi n balik 4jam ar..
huhuhu...
xpe2 demi yg tersyg kn..
rela berkorban ape sj kn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...